Tuesday, 8 January 2013

ketumbit

assalamualaikum

dua tiga menjak nie busy dengan buat article untuk viva 15hb..final exam 12hb & 13hb nie..memang best kan jadual exam & viva..disebabkan kelam kabut nie. mata sebelah kiri ku naik ketumbit.untuk tahun baru nie 1st time la kan. kalu tahun lepas tue memang kerap betui.setiap bulan naik la sampai 2 3 kali. dekat rumah sewa kena stand by ja ubat mata & ubat ketumbit.dah cam nyawa ubat tue.kalu p mana-mana tak bawa.memang mengelabah la. nak cari mana ubat kalu tiba-tiba mata gatai tau jadi ketumbit.

petang tadi tepon mama.bila sakit nie best ngadu kat mama nak manja-manja la konon.hahahahah.like always mama akan kata 'la naik balik pulak dah kerap betui naik ketumbit nie. ingat dah tak naik'

from conversation with my mama speaking london plak.hahahhaa..mama pernah check mata dekat doktor mata.mama nie nurse so senang la sikit kalau nak jumpa doktor kan. time doktor tue check mata mama.dia kata punca naik ketumbit nie kadang-kadang dari habuk. selain tue, jangan ingat kepala ja ada kelumumur or dandruff tau.mata pun ada tau.so weird right? tercengang gak bila mama cakap cam tue. pelik la kan cam mana mata kita nie boleh ada kelumumur nie kan. doktor tue cakap kita nie syampun rambut kadang-kadang kelumumur kita nie melekat dekat bulu mata walaupun kita dh cuci sekali pun..kak, mama & saya nie paling kerap naik ketumbit.dulu kak kerap kalu time nak final exam. tapi yang saya nie terbalik plak.pantang tension, salah makan, pikir macam-macam confirm naik la.kalau dah naik sebelah kiri.lepas tue mesti naik sebelah kanan plak.adoi la.kadang-kadang sampai demam & sakit kepala.dugaan betui

doktor yang check mama tue kata kita nie kena cuci mata.cara-cara nak cuci..cewah cam nak buat masakan plak..hahhaha..jangan mengarut zatil

cara dia ambk sabun baby yang tak pedih mata tue cam johnsons baby titik la dalam 2 titik dalam air pas tue celup cotton bud dalam air sabun tue. cuci dekat kelopak mata kita tue. doktor dekat UiTM arau dulu pernah gak g tau.mau dia tak g tau.record kat unit kesihatan tue penuh sabab mata ja. dia pun pesan cam tue.tapi tak berani nak buat.takut..kuangkuang.

tapi pas nie nak try buat.harap-harap tak naik lagi dah ketumbit nie..

tata

nak sambung buat article 10 pages

No comments:

Post a Comment