Tuesday 29 April 2014

gambar-gambar langkawi






























Holiday to Langkawi 2014

Assalamualakum

minggu lepas company aku buat companyt rip to langkawi. finally dapat juga p langkawi dengan company. kami bertolak khamis malam sampai kuala perlis pagi.sampai ja langkawi ambik kereta sewa. tahun lepas naik moto keliling pangkor. kali nie kereta plak. 6 biji kereta tue uolls.dah macam konvoi pun ada. bila jadi organizer nie tanggungjawab berat sangat. nak pikir kan aktiviti & macam-macam la.nasib la yang handle ada 3 orang.confirm la bang long & amy. ketua dan pembantu yang hebat.

sampai jumaat tue hujan la plak kan. cable car plak tutup time tue. tukar plan naik duck tour. boleh la janji ada aktiviti kan. check in hotel dekat fave hotel langkawi. hotel dia memang tip top la. facilities pun terbaik.decoration pun sama.boleh kata semua la. bilik aku sorang ja menghadap pool dan paling besar.hahha..gelak jahat sat.bukan selalu dapat bilik cam nie.bos pun tak dapat bilik cam nie.rezeki.  lepas check in.kami ada kan explore race langkawi. confirm la organizer tak boleh join kan.tapi ok gk.boleh gak rehat-rehat dan yang paling penting makan angin.Yesss. orang pi expolre race kami 3 orang pi berjimba. beli hadiah & makan laksa.

tomtomers sentiasa riang
bilik menghadap pool

dalam bilik


malam tue ada BBQ. awesome makanan dia.sedap sangat.sapa-sapa nak cari hotel dekat langkawi. aku recommend pi hotel fave. pekerja dia pun jenis friendly.kali nie sapa yang turun lambat kena denda. malam tue ada 2 orang kena denda dan kena humban dalam kolam.hahha.kesian la kat depa tue.tapi nak buat cam mana kan.sapa suruh turun lambat.

muka orang kena denda 

hari ke-2 kami semua p mangrove tour. not bad. 1st time pi selalu pi langkawi malas nak pi mangrove tour nie. dah event company nie boleh la merasa. 3 jam naik bot. kulit pun rentung dan memang saja bagi burn.dah lama tak burn kan kulit.hahaha. banyak tempat yang menarik. nasib la tak mabuk laut.kalu tak mau muntah dalam bot tue.

bagus juga company trip nie. sekurang-kurang nya  dapat la mengeratkan silaturahim. bukan semua orang kita kenai dan kita boleh sembang dalam ofis.tambah-tambah abang-abang surveyor. depa nie bukan selalu ada kat ofis pun. ada surveyor baru. sebelum nie punya la pemalu. bila dah join company trip.ha ambik kau kaki sakat gak abang sorang nie. salah sorang yang nak kena.aku la. tapi ok la. benda- benda nie yang buat kita rapat dengan semua orang.

time nak balik kl. kami singgah rumah aku. mama aku buat makan-makan sikit. 1 bas persiaran tue. dah cam rombongan meminang pun ada.hhaha. tp i like. sekurang-kurang nya family aku kenai orang-orang tomtom nie. kami pun dah cam sekeluarga.

ok la..dah nak balik..cauuu



 








Tuesday 1 April 2014

Kerja dan kerja

assalamualaikum

berhabuk dan bersawang sangat-sangat blog nie aka my diary..soory la my dear.xsempat nak update. di sebabkan masuk ofis hari nie awai.kepala otak dan tangan pun rajin la menaip.sebab xdak orang dekat ofis..yahoo..senang la nak menulis kan..orang pun tak tau yg aku ada blog..

kerjaa...nie la 1st kerja aku pas habih belajar.now im not fresh grade anymore..alhamdulillah..Allah bagi rezeki awai.walaupun aku bukan la pegang ANC or Dean list and Degree 1st class upper.tapi apa2 pun alhamdulillah dapat rezeki awai. bukan senang fresh grade nak cari makan sekarang.

aku sekarang kerja dekat TOMTOM navigation malaysia as a data entry GIS..aku berani jamin x semua orang tau sai GPS TOMTOM nie kan.kat malaysia fofular dengan garmin, papago and waze la kan.aku harap pas nie orang tau kewujudan gps nie dekat malaysia.cehh cam nak promote plak.mcm promoter plak aku nie.hahaha..tp yang pelik nya orang tomtom nie memang ada masalh penyakit typo and mouthpo. confirm pelik kan.mouthpo tue lidah tergeliat.nak sebut benda lain jadi benda lain.menjadi-jadi plak sekarang.haila

keja aku sekarang create boundary untuk settlement area.sekarang aku handle bahagian johor.sangat banyak nak kena create.tp source kurang.xpa la tue baru challenging orang kata.tp stress gak oo nak cri source gak.dulu handle KL dengan Selangor.xdak la stress sangat.sebab byk info.tp stress bila hantar benda alah tue kat DPU.pergh.error beerlambak kot.dah betui kan.ada lagi error.data 1k lbh.mau error xberlambak kan.data tue hantar ke poland dulu and baru ke india.bila dapat kat miss poland tue memang banyak la error yg keluar.pada hal dah check banyak kali.dri situ aku terpaksa communicate dengan dia.nak tau term segala benda tue.

performance still kena jaga.bak kata boss kerja kena stress dan mencabar baru best.hahah.best?boleh la.stress keja je la.tp envi dalam ofis memang happening.dengan bos yg suka sangat sakat aku.kak-kak ofis pun friendly dah jadi one happy family..family tomtomers bukan transformer ye..

panjang pulak kali nie punya entry..hahah...tahun nie aku salah sornag jadi community members.berat juga tanggungjawab nie..tp bukan aku sorang ja ada lagi 2 orang community member. Amy aka miss model(bos selalu cakap) and bang long aku.kami bertiga handle program tahun nie

1st program bowling tournament.2nd trip to langkawi.xsabar nak p langkawi..


ok..cukup la kot meroyan pagi-pagi nie.nak sambung keja dah..byee


muka-muka riang

kembor eden

me with cik yam & amy(miss model)

with my boss

bang long with adik-adik